John Cena menjanjikan aksi terbaiknya dalam ‘Fast & Furious 9’

Penglibatan Dwayne Johnson di dalam siri filem Fast & Furious, bermula dengan Fast Five, telah membuktikan bahawa ianya cukup memberangsangkan. Kini John Cena pula merupakan penambahan seorang lagi pelakon baru untuk siri filem tersebut dan diharap ianya berupaya meninggalkan impak yang sama.

Laporan yang dikeluarkan oleh majalah Amerika Syarikat, Entertainment Weekly baru-baru ini menjelaskan bahawa pelakon yang juga ahli gusti 42 tahun berkenaan yang pernah membintangi Bumblebee sebelum ini, secara rasminya akan berlakon di dalam filem Fast & Furious 9.

“Terdapat banyak cara untuk saya zahirkan perasaan saya dengan peluang sebegini. Saya sememangnya sukakan kereta dan itu merupakan keutamaan dalam francais filem ini. Mereka mempunyai cara untuk menanam naratif ‘keluarga’ ini dan menjadikannya berjaya secara global. Mereka juga dikenali dengan aksi yang sangat hebat. Saya dikelilingi oleh orang yang lebih bagus dan berpengalaman daripada saya dan itu adalah peluang yang luar biasa,” kata John.
